Catatan Hari Pekerja

This note is written in my native language, my mother tongue, Malay.

Catatan selepas berjalan jauh. Maaf sebab panjang. Tapi ini ialah ringkasan kisah hidup aku yang tak ramai orang tahu, kerana aku rasa aku bijak menyembunyikan kesusahan.


Bismillah.

Waktu kecil, aku hidup dalam kemiskinan. Aku kena pergi pintu ke pintu menjual jeruk dan jajanan, seawal umur 7 tahun. Muka memang tebal. Pergi sekolah pun aku berjual. Sampai kena tahan cikgu disiplin gara-gara sorang kawan aku tu pergi senyap-senyap report kat cikgu. Rasa nak marah, tapi aku cuma boleh menangis. Ibu kata “Kalau kawan buli kau jangan buli balik, buang masa, kan kau budak pandai?”. Aku menangis, sebab bila tak menjual, maka takda duit. Balik rumah bila bakul masih penuh, aku menangis.  Waktu aku membesar, ikan kembung seekor bahagi 5 orang. Pergi sekolah, jarang aku membeli di kantin. Ibu selalu bekalkan nasi goreng. Dulu aku dikhabarkan bahawa kalau aku tak belajar rajin-rajin, maka kami sekeluarga akan terus hidup dalam keadaan begitu. Makanya ramai kawan sekolah dari darjah 1-6 “benci” kat aku sebab aku tak pernah dapat nombor lain kecuali nombor 1! Budak-budak Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan batch 1994-1999 boleh confirmkan fakta ni. Jadi budak pandai dulu merupakan motivasi bagi aku untuk keluar dari kemiskinan. Susahnya hidup waktu itu aku takkan lupakan. Ada sekali sekala aku tertinggal bas sekolah, aku akan menangis sepuasnya minta ayah hantar pergi sekolah guna kereta. Disebabkan waktu tu kami takda kereta, aku muram seharian dia rumah memikirkan ruginya sehari tak datang sekolah, tak dapat belajar benda baru dari cikgu. Ya, itulah definisi sekolah buat aku. Bila orang ingat aku lahir memang dah kaya dan aku tak layak hidup senang sekarang, orang orang itu memang salah!


Dulu lepas matrikulasi tahun 2005, aku berangan nak study overseas. Berangan dari kecil, kononnya nak study dekat London, nak bergambar pakai winter jacket belakang ada snow. Kesian kan bunyi? Aku tak ingat kat berapa orang kawan dah aku sibuk dulu ceritakan angan-angan aku. Dari kecil, bersungguh-sungguh aku pujuk ibu ayah, tapi sebab kurang mampu+kesempitan wang+buta cara, aku kuburkan impian nak study di negara orang dan angan-angan konon nak travel around Europe etc time cuti sem. Aku ada juga jalan-jalan sikit dalam Indonesia dan Thailand guna duit aku selama 2 tahun, habiskan pusing Malaysia, pergi tempat sama berkali-kali sebab murah, peritnya terasa sampai sekarang. Tahan kena kutuk sebab takda pekerjaan tetap, kerja entah apa-apa. Aku tahankan bertahun-tahun, tadah telinga kiri kanan orang mengata. Makanya setiap saat aku rasa nak marah kat orang-orang yang kutuk aku dulu, aku cepat-cepat redakan marah dan bila malam sebelum tidur, aku maafkan semua orang yang pernah sakiti aku. Dalam masa yang sama, bila-bila masa aku akan minta maaf kalau aku ada tersalah cakap atau tersalah laku, yang penting, buat. Rasa tak aman bila tak buat. Aku sedih agak lama tapi lepas tu aku akur dan redha. 

Tapi Allah tu Maha Adil, juga Maha Penyayang. Ya Rabb. Dia berikan aku rezeki dengan jalan lain, walaupun jalan itu sedikit panjang dan agak lama untuk sampai dekat aku. 2006 & 2012, aku dapat ijazah sarjana muda dan sarjana, semua dalam negara, tapi tahun 2013, Dia telah menemukan aku dengan seseorang yang membawa aku mengelilingi dunia, suamiku. Akhirnya, setelah 22 tahun berangan, dapat juga aku pegang snow, pakai winter jacket, dan semua yang aku angan-angankan dulu. Kawan aku kata, “Rezeki dan jodoh kau datang dalam masa yang sama!”. You know who you are.

Memang, aku takda kerja “fancy” gaji tinggi pangkat hebat yang boleh dibanggakan macam kawan-kawan lain walaupun aku ada master’s degree, aku tak pernah dengki dengan kawan-kawan. Aku percaya dengan janji Allah kepada orang yang bersabar, dan rezeki dari Dia itu datang dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka. Ayah pesan “Kau rasa kau da banyak doa tapi belum makbul, kau kena selalu bersangka baik dengan Allah, bersangka baik juga dengan manusia. Kau tawakal lepas kau usaha, lepas tu doa banyak-banyak lagi. Jangan lupa, kalau nak berjaya, jangan pernah meminta-minta pada orang tapi minta pada Allah.”

Sebab tu aku kata, kalau tak tahan, agaknya da lama takda kat dunia ni. Aku rasa aku ni memang spesis degil dan kental, actually aku sangat jarang rasa tertekan melihat cara hidup orang lain dari dulu lagi, sebab aku tahu satu hari nanti, semua bahagian aku akan sampai dekat aku. 

Alhamdulillah, bila lihat orang lain senang, kata Alhamdulillah, bukan rasa dengki. Pernah tak terdetik dalam hati bila kita rasa dengki dengan rezeki orang lain, bahagian  kita boleh kena “delay” bila bila masa?
Alhamdulillah. Takda perkataan lain boleh ganti betapa bersyukurnya aku. Aku rasa cukup dan bahagia, akhirnya. Aku puas belajar hidup susah, menjual dari pintu ke pintu waktu membesar dan segala jenis yang boleh dibayangkan dan sekarang, aku boleh duduk dan senyum memikirkan pahitnya kami  sekeluarga dahulu yang telah terbayar sekarang. 

Semoga kita semua akan bertambah murah rezeki setiap hari. Ingat, bila lihat orang lain senang, kau ucap syukur. Kalau kau dengki, kau tahu akan akibatnya. 

  
Tutup mata dan bayangkan yang indah-indah.









Advertisements

3 thoughts on “Catatan Hari Pekerja

  1. This advice came to me at a no better time than now. Alhamdulillah…. Thank you. May Allah continue to bless u and ur family.

  2. Rezeki comes in different forms… Traveling pun rezeki jugak. Dapat tengok negara & bud aha berbeza. Some people have money/pangkat but they don’t have the time, some have the time but don’t have the money.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s