Langkah-langkah untuk memohon visa ke USA: MUDAH!

This post is written in my mother tongue, Malay.

Fuuh, berbaloinya ke USA!

Fuhh, berbaloinya ke USA! Ini ialah Lake Tahoe, di Nevada, ala negeri yang ada Las Vegas tu.

Saya pasti ramai yang diluar sana kadangkala buntu dan masih tak faham cara-cara untuk mohon visa ke USA, dan juga ramai yang berharap visa rakyat Malaysia untuk ke USA akan dimansuhkan secepat mungkin. USA sekarang sedang sibuk memulihkan hubungan dengan Cuba dan itupun makan masa bertahun lamanya walaupun dua-dua negara ini sangat berdekatan. Maka perihal pemansuhan visa rakyat Malaysia ke USA mungkin makan masa 2 atau 3 tahun lagi sebelum solusi dicapai. Untuk itu, saya tuliskan yang paling ringkas untuk anda mohon visa ke USA. Saya jamin jikalau anda baca dan fahamkan dari pos saya ini, anda akan rasa mudah untuk mulakan proses permohonan.

Ringkasan cara-cara mohon tourist visa, B2 ke USA

Mula-mula, fahami:

1. Jenis visa yang anda perlu mohon

2. Harga jenis visa pilihan

3. Pembayaran dan cara bayar untuk proses permohonan visa

4. Maklumat dan cara isi borang DS-160 online

5. Masa menunggu untuk appointment 

6. Gambar pasport dan cap jari digital

Maklumat Umum Visa ke USA

1. Jenis visa untuk TOURIST ialah B2.

2. Harga sekarang ialah MYR576.00/USD160 seorang. Harga dalam RM berubah ikut nilai tukaran semasa, tapi harga tetap ialah USD160.

3. Cara bayar ialah melalui bank Standard Chartered. Sebelum ke bank untuk buat bayaran dan mendapatkan nombor akaun Virtual untuk isi borang online, pergi ke sini dan cetak(print). Lengkapkan borang deposit ini dan pergi ke mana-mana Standard Chartered untuk buat pembayaran. Nanti akan dapat Virtual Account Number untuk digunakan untuk buat “appointment online”. Simpan nombor ini.

Buat hanya SATU bayaran untuk setiap Virtual Account Number kerana bayaran tidak akan dikembalikan. Adalah penting untuk anda simpan nombor yang diberi, kerana ini juga ialah bukti pembayaran proses visa yang  diperlukan untuk membuat “appointment” kemudian nanti. 

Sebelum “schedule appointment online”, sila pastikan anda ada semua ini:

  • Pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan untuk keluar Malaysia(pasport merah). Kalau ada anak kecil gunakan pasport anda, pun wajib mohon untuk anak kecil itu. Visa TAK boleh dikongsi.
  • Resit bayaran permohonan visa dari Standard Chartered Bank
  • Confirmation page of DS-160 (baca yang seterusnya di bawah pasal DS-160, penting)
  • Alamat e-mail anda yang sah
  • Sedia dan bawa dokumen sokongan untuk temuduga dan proses aplikasi atas talian. Untuk B2 atau tourist visa, pemohon perlu sediakan bukti yang anda ada hubungan kuat dengan Malaysia dan anda akan pasti pulang semula ke Malaysia selepas selesai melancong di USA. Dokumen sokongan yang perlu ada untuk dibawa ke interview ialah resume/curriculum vitae, slip gaji terkini, surat pelepasan majikan, bil bayar kereta dan rumah, surat cuti sekolah anak-anak, dan sebagainya yang berkaitan. Hanya tunjuk dokumen sokongan bila ditanya oleh pegawai.
Gambar motivasi semasa mohon visa! Siapa yang tak nak tengok Grand Canyon ni?

Gambar motivasi semasa mohon visa! Siapa yang tak nak tengok Grand Canyon ni?

PENTING DAN DIBUAT SEBELUM “SCHEDULE APPOINTMENT”:

Borang DS-160 hendaklah diisi. Setiap pemohon satu borang, termasuk untuk anak kecil dan setiap anak-anak yang ikut sama dalam trip anda. Pergi ke sini untuk mulakan apply/isi borang DS-160.

1. Pilih KUALA LUMPUR, MALAYSIA sebagai “applying location”. Jenis visa ialah tourist visa/B2 NON-IMMIGRANT.

2. Panduan isi borang DS-160 ada di sini. Baca dengan teliti sebelum meneruskan isi borang DS-160.

3. Pastikan anda siap imbas(scan) gambar pasport semua pemohon dalam keluarga untuk dimuat naik ketika isi borang ini.

4. Semasa isi DS-160, sila sediakan maklumat “Dates of your last five visits or trips to the United States”, atau tarikh lawatan terakhir anda ke USA dalam 5 tahun lalu, jika pernah ke USA. Dan anda juga akan ditanya apakah pengalaman anda travel ke luar negara dalam masa 5 tahun yang lalu.

Samada anda “schedule appointment” di sini atau menghubungi ini, anda perlu ada Virtual Account number untuk teruskan dengan “appointment scheduling” yang didapati setelah membuat pembayaran di bank Standard Chartered.

Bila dah isi borang, dan dah selesai bayar, boleh jadualkan temujanji (schedule appointment) untuk temuduga di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak. Jadualkan temuduga anda di sini.

UNTUK KEKOSONGAN TARIKH SCHEDULE APPOINTMENT:

Slot kosong untuk temuduga ialah berdasarkan jumlah pemohon yang “queue” lepas isi borang online. Kadangkala kekosongan untuk temuduga hanya akan ada dalam 2-3 minggu selepas anda isi borang, maksudnya ramai yang memohon dan ramai juga yang sudah memilih tarikh temuduga terdekat. Jika bernasib baik, anda boleh pilih masa keesokan harinya selepas isi borang, maksudnya makin cepat anda ke temuduga, makin cepat dapat visa, jika diluluskan.

Akhir sekali,

PERINGATAN!

Jangan beli tiket dahulu selagi belum dapat visa. Selalu mohon visa dahulu sebelum beli tiket. Bila visa tak diluluskan, kedutaan Amerika takkan pulangkan duit visa USD160 yang anda dah bayar tadi dan juga takkan bayar balik duit tiket kapal terbang yang anda dah beli. Melainkan anda tak kisah syarikat penerbangan “refund” separuh atau alih destinasi, risiko ini anda tanggung sendiri. Surat appointment untuk interview juga bukan jaminan dapat visa. Visa hanya dapat selepas temuduga, kalau diluluskan akan dapat dalam masa 3(TIGA) hari bekerja. Dinasihatkan untuk buat semua langkah di atas pada hari Isnin, supaya visa juga dapat dalam minggu yang sama, itupun jikalau tidak ada masalah sistem online kedutaan Amerika.

Waktu temuduga, kalaupun anda dah beli tiket(saya tak galakkan, mereka pun tak galakkan), jangan disebut kepada pegawai kedutaan. Bila dia tanya apa kita nak buat di USA dan ke mana kita nak pergi dalam US dan bila rancang untuk pulang ke Malaysia, siapkan ITINERARI, tunjukkan pada mereka bila ditanya. Tiket kapal terbang BUKAN bukti anda akan pergi dan pulang. Jangan dengar cakap orang yang dah beli tiket dan tunjuk tiket sebagai bukti, kerana yang berjaya dapat visa lepas beli/tunjuk tiket itu ialah atas nasib baik masing-masing. Ini ialah nasihat berdasarkan pengalaman saya bercakap dan berurusan dengan pegawai kedutaan Amerika di KL sendiri, bukan sekali dua tapi banyak kali. Kalau anda ke kedutaan juga akan terlihat notis di mana pembelian tiket terlebih dahulu adalah sangat tidak dianjurkan.

Waktu temuduga, wajib bawa CONFIRMATION PAGE OF DS-160 yang dah diisi dan ditandatangani secara elektronik dan juga nombor APPLICATION ID. Bertenang di saat temuduga, kerana mereka juga manusia, dan tak perlu begitu fasih cakap Bahasa Inggeris pun boleh dapat visa. Dan pegawai kedutaan suka pemohon yang berkeyakinan tinggi dan nampak tahu apa yang patut dilakukan dan telah awal bersedia dan buat kajian sebelum datang ke temuduga. Kalau ikut cerita saya di Facebook saya, anda boleh bentangkan pada pegawai ke mana anda ingin pergi bila di USA.

JIKA VISA ANDA DILULUSKAN:

Yay! Anda boleh track pasport anda di sini dan jika ianya sudah sedia dengan visa ditampal di dalam, anda boleh dapatkan semula pasport anda di alamat ini:

No. 39, Lot 77159, Lorong Jala 14/ks 10, Telok Gong 42000, Port Klang, Selangor.  

Horseshoe Bend ini menanti anda di Utah, USA!

Horseshoe Bend ini menanti anda di Utah, USA!

Kedengaran sukar bukan? Kalau anda baca langkah mudah yang dah saya ringkaskan di atas, tidaklah sukar sebenarnya. Jujur saya katakan. Juga, sangatlah berbaloi menempuh pengalaman ini, kerana USA ialah sebuah negara yang amat cantik. Sesiapa mengikuti cerita perjalanan saya dan melihat semua gambar yang saya ambil, anda pasti tahu sedikit sebanyak dan tentunya teruja untuk ke USA! Keterujaan juga sumber motivasi yang besar!

Selamat maju jaya, jangan mudah putus asa!

Advertisements

33 thoughts on “Langkah-langkah untuk memohon visa ke USA: MUDAH!

  1. Salam, thanks so much share pasal visa visitor ni. Saya ada satu soalan. Saya bercadang utk menyambung pelajaran di USA, target enrollment Fall 2016. Soalan saya, kalau before nak apply student visa nanti kita nak apply tourist visa dulu, sebab nak visit sepupu di sana early 2016, adakah akan jeopardise visa application utk student visa pulak nanti? I just want to be on the safe side sbb di war-war kan visa ke USA sgt sensitif and kalau salah langkah nanti tak dapat pula. Kalau risky then saya sabar saja lah nak melawat sepupu and tunggu pergi betul2 bila dah sambung belajar nanti. Thanks for your advice.

    • Satu sebab yang akan jeopardize your student visa ialah tujuan melawat cousin di sana boleh jadi excuse yang akan jadi sangkaan bagi pegawai kedutaan yang you akan overstay kat sana. Sebab bila ada someone dan tempat untuk stay, pegawai selalu akan skeptical akan kepulangan you semula ke Malaysia sebelum visa tamat tempoh. I would advise you not to go now and just wait for the time. And then one more thing, bila this time you apply tourist visa then tiba-tiba tak lepas, they will put that in the record of “denied visa”, and if this happened, it will definitely jeopardize your next chance and next time. Based on my experience, banyak kali gagal visa tourist, we have to eventually get K1 or fiance visa, means one have to marry the bf/gf so they can be in the US although they aren’t ready to get married. All the best to you, and try holding on!

      • Thank you very much for your advice. Dah research sikit2 tu memang pemahaman saya pun ada isu mcm ni, so sbb student visa tu lebih penting lebih baik saya lepak dulu lah and tunggu dah sampai sana nanti and plan utk lawat cousin semasa di sana. Ingat nak lawat dulu sbb dia di east coast and target schools saya mostly di west coast, also ingat nak lawat utk seronok2 naik kan semangat nak studi kat sana nanti. Oh well, kena bersabarlah nampaknya. Thank you again!

  2. Assalamualaikum Hannah..thanks for wonderful blog, start following you after reading the article from the vocket. i’m planning to bring my famili for US road trip in the future (on month of Nov & Dec time cuti sekolah). any suggestion where to start first

    • Salam Amir. Maaf kerana lewat balas. Terima kasih kerana membaca cerita saya. Bergantung pada minat Amir dan keluarga nak lihat yang macamana, nanti beritahu saya kemudian saya boleh bagi cadangan. Kerana US ini sangat besar dan nak road trip satu negeri pun makan banyak masa, kalau ada spesifik maka lebih baik. InsyaAllah saya boleh bantu beri cadangan.

      • Assalamualaikum Hannah, terima kasih atas reply diatas. Saya plan utk buat road trip dan melawati landmark2 ygg terkenal kat sana, seperti grand canyon, yosemite national park, las vegas dll. sewa kereta sebulan dan menginap di motel2 budget, ikut mana yg sempat, free & easy. Masa perjalanan dlm middle november sampai middle Dec start dari Los angeles. (maybe ada suggestion start dari tempat lain selain dari Los angeles)

  3. hiii hannah . saya rasa sangat teruja baca cerita hannah. saya ada satu soalan. masa kita sampai di usa nanti .adakah pihak imegresen disana akan tanya kita lagi. kenapa datang,berapa hari nak tinggal disini. ada yang kata kena tahan. betul ke.

    • Hai Rina, terima kasih kerana membaca cerita saya, saya sangat menghargainya! Setelah tiba di USA, pegawai akan bertanyakan lagi soalan dan belek pasport serta muka. Soalan lebih kurang sama macam waktu interview, tapi pegawai imigresen di USA ada sedikit menakutkan, tapi sebenarnya dia nak kita confirm yang kita tahu apa kita nak buat bila di USA, dan tahu bila kita kena balik Malaysia semula. Jangan bimbang, semua pasti okay.

  4. salam..i’m confuse & takut pulak nak isi borang DS160 tu..heheheh..kalau nama kita kan ada binti, how should we fill in? Kata lah Aminah Binti Amin.. kita patut isi first name: Aminah last name : Amin atau letak penuh Aminah Binti Amindi ruang other names? help me please.. thanks

  5. Hi..saya ada masalah…saya dan isteri bercadang ke us disember ni..saya punya DS160 dah lengkap isi dan sudah dpt confirmation number..cuma tgu interview..masalahnya yg isteri saya punya..dia sudah siap isi dan submit,sudah dpt confirmation number,tp bila disemak blk bila print namanya dia tersilap isi nama bapak dia…so apa yg kami perlu buat skrg?adakah masih blh diedit sblm interview?bagaimana dgn bayaran visa di bank yg sudah dibyr?blh refund?

    • Salam. Sebab ini isi online maka boleh log in dan ubah dalam borang, kemudian print baru. Kalau tak boleh ubah, waktu interview bagitahu yang bahagian nama salah isi. Untuk makluman, sebarang bayaran visa tidak boleh refund.

  6. Hi Hannah.. Faiz here.. Thank you very much for this useful information.. Especially on integration/interview part.. A bit worry about that to be honest.. ngeeeee…

    By the way, I need you wise advice on some part of US since you know better than me (even though I can google it, but people said personal experiences are more valuable)

    I was planning for US visit for my honeymoon somewhere in 2016, InsyaAllah.. I was looking for any place that we can feel/enjoy the outdoor adventure with nice and wonderful view. I understand there are plenty of it but if you can minimize the spot, perhaps I can focus on those place only.

    If you don’t mind and have some free time to spare, would be grateful if you can email me some information (brief will do as well) so than I can work on it from there.. my email is fahmyz86@hotmail.com

    Thank you very much in advance, Hannah

    Faiz

    • Hi Faiz! Thank you for writing to me, and I am sorry for the late response. I will email you few suggestion in 1-2 days time, and thank you in advance for your patience! I hope everything works out!

      • Hi Hannah.
        I’m glad I walked into your blog. I’m so jealous seeing how lucky you are to get to travel to many amazing and exciting places. I’ll be going there early 2016 to further my studies and was planning to go travel during the holiday breaks. hehe ^^

        So, if you don’t mind, maybe in you free time you could send me a short listed name of places you suggest me to visit too, can you? Or to ease things, you can just forward me the email that Faiz asked, please. if that is ok with Faiz and you.

        yasminkamilia@googlemail.com

        That’s my email, thank you and have a nice day 🙂

  7. Salam Hannah nak tanya, kalau kita plan nak backpacking seorang diri ke US, adakah menjadi isu? Sebabnya dalam online application dia ada tanya who you will be traveling with? Ada juga pernah dengar orang kata kalau cakap travel seorang diri nanti dia akan lebih banyak soalan ketika interview nanti. Tapi sbb saya mmg niat nak travel seorang diri jadi kalau boleh tak mau beri jawapan yang tidak benar.

    • Salam. Benar. Tapi tak selalu terjadi di mana kita tak dibenarkan travel seorang diri. Kalau kita ada bukti kewangan kukuh walaupun travel sendirian secara backpack, nescaya takda masalah. Biasanya kalau kita berteman atau ada kawan di USA pun dia akan tanya banyak soalan juga, sebab dia takut kita terlalu selesa sebab ada kawan/family di US, kita akan stay lebih masa di sana, atau bekerja secara haram. Kalau salah satu perkara terjadi, nama boleh kena blacklist seumur hidup dari masuk ke US sekali lagi. Apapun, selama maju jaya. Optimis itu penting, juga keyakinan! Kalau tak buat salah tak perlu takut.

  8. Hi Hannah,

    It was nice of you to lay down the steps to apply for US Visa. Saja nak tanya, you’re staying in which state? I previously lived in the US following my family for about 7 years. Duduk di Cali and study di Georgia. US is indeed a very beautiful place and tons of places to explore.

    • Hi Anis,

      I am currently living in Las Vegas. Previously I had lived in NYC and Los Angeles. Because in these past two years we are busy traveling around to 47 states so far, we do not have fixed address nor a physical house anywhere in the US. We are basically hobo/homeless.

  9. Nak tanya perlu ke document financial affidavit dari bank waktu nak memohon visa dan waktu interview? Kalau perlu ada apa requirements seperti berapa amount duit kena ada dalam bank dan untuk tempoh berapa lama duit kena ada dalam tu?

    • Sebaiknya sediakan saja terutama bila awak bekerja sendiri. Kalau makan gaji maka sediakan slip gaji sekurang-kurangnya 3 bulan terkini berserta surat lepasan bercuti dari majikan sebagai bukti yang awak bekerja dan akan kembali bekerja selepas tamat percutian. Tak perlu ada banya duit tapi kena logik, kalau gaji RM800 sebulan dan ada RM800 saja dalam bank atau dalam slip gaji, agak susah mereka nak luluskan visa kerana percutian ke US ialah mahal.

  10. Hai hannah. Thanks for your tips and advise. Satu soalan, jika kita ada saudara mara di sana, adakah lebih mudah untuk dapat visa atau lebih sukar? Jika lebih sukar, apakah lebih baik kalau kita hanya katakan yang kita nak travel sahaja around 2-3 weeks?
    Sbb igtkan jika ada relatives di sana lebih senang dapat visa..

    • Kalau ada saudara mara lebih baik beritahu daripada bercakap tak benar mengenainya. Situasi ini agak rumit tapi kalau awak beratkan aspek lain contohnya bukti yang awak akan pulang terus ke Malaysia selepas tamat perjalanan di US(bukan dengan menunjukkan tiket kapal terbang tapi dengan menunjukkan surat pelepasan cuti dari majikan dengan tarikh masuk kerja semula atau surat/bil kereta, api, air, rumah dan yang lain-lain supaya mereka di kedutaan tahu yang awak mesti balik semula ke Malaysia kerana ada tanggungjawab dan/atau tanggungan). Awak boleh beritahu awak akan bertemu sekejap dengan mereka dan travel ke tempat2 cadangan dalam itinerari dengan mereka tapi cukup setakat itu. Jangan beritahu perkara lanjut tentang saudara mara yang tinggal di US melainkan ditanya. Mereka cuma nak awak tak terus duduk di sana, jadi rasanya awak perlu tahu nak yakinkan mereka yang di kedutaan bahawa awak takkan duduk di sana lebih dari yang ditetapkan oleh visa awak.

  11. Hi, Hannah.

    i nak tanya few questions about visa. i was planning to go NY on july 2016 alone and im a student in Malaysia but i stop belajar for a while and decided to visit my friend and her family dekat sana. semasa interview for visa nanti, adakah mereka akan tanya bank slip saya? because saya tidak bekerja dan masih di bawah tanggungan ibu bapa. selain itu, jika saya ingin bertolak ke NY on july, bila yang sebagusnya saya memohan visa saya?

    thank you Hannah 😀

    • Hai Suehada,

      Kalau tak bekerja dan tak ada slip gaji, boleh buat surat dalam Bahasa Inggeris dari pengetua/dekan fakulti ATAU ketua kampung/perumahan/majikan ibu atau ayah mengatakan yang awak masih belajar dan akan kembali semula ke Malaysia untuk meneruskan kuliah/kelas ATAU untuk menyatakan bahawa awak masih bawah tanggungan ibu bapa(boleh masukkan sekali berapa jumlah perbelanjaan tanggungan yang ibu bapa akan beri kepada awak untuk trip ke USA)dan perlu pulang untuk bersama mereka. Jadi boleh pilih mana yang lebih memudahkan. Kalau tak agak susah untuk diberikan visa sebab mereka nak tahu kalau awak boleh tanggung perbelanjaan ketika di USA atau yang awak akan balik ke Malaysia sebelum tamat tempoh dan tidak cuba untuk bekerja di USA untuk sara diri.

      All the best!

  12. hai hannah..sya nak tnya kalau kita x pandai english mcmna yea,masa kt eambasy nnti …sya akan travel bln mei nnti,semua borang dah diisi cuma tggl bayar n saya risau takut tnya banyk soalan plk..adakah sya perlu bawa seseorng yg pandai english…

    • Hai,

      Tak silap saya di kedutaan ada khidmat penterjemah. Awak kena periksa di laman web. Atau waktu tiba di pejabat kedutaan, tanyakan sebelum diberi nombor giliran. Menurut pengalaman saya, kalaupun tak pandai berbahasa Inggeris, tapi kalau awak kekal profesional dan tenang, nescaya visa diluluskan. Cubalah ya. Semoga maju jaya!

  13. Salam Hannah..thanks for wonderful blog..saya bercadang ingin travel ke virginia pada tahun hadapan mungkin dlm bulan 6.2017 after hari raya saya rasa but I’m just go alone ada masalahke klu kita pergi seorg Dan apa langkah2 yang patut saya beri tahu mereka kebetulan saya mahu pergi melawat kawan saya di sana

    • Waalaikumsalam. Biasanya pergi seorang tiada masalah. Pastikan ada alamat sahabat/hotel di sana siap dengan nama dan nombor telefon. Sebelum pergi kena cukupkan betul-betul bukti “strong ties with Malaysia”. Pastikan juga dana untuk ke USA dan juga perbelanjaan di sana logik mengikut keadaan matawang. Mereka tak mahu pelawat kerja haram bila tak cukup duit, itu saja. Lain-lain, waktu interview memang kena yakin, always come prepared and know what you’re getting into and doing. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s